Zirkzee mengharungi permulaan sukar di Old Trafford selepas hanya menjaringkan empat gol dalam 28 penampilan, malah pemain berusia 23 tahun itu turut digantikan dalam separuh masa pertama ketika pasukannya tewas 0-2 kepada Newcastle United, minggu lalu.
Amorim menegaskan dia berharap Zirkzee akan terus kekal bersama The Red Devils tetapi tidak menolak kemungkinan apa sahaja boleh terjadi semasa jendela perpindahan bulan ini.
"Oh, Joshua Zirkzee!" ❤️#MUFC || #PL pic.twitter.com/BhU54hk4nm
— Manchester United (@ManUtd) January 6, 2025
"Saya mahu mengekalkan Josh kerana dia memberikan segala-galanya (untuk pasukan). Dia cuba dalam latihan, tetapi kita tidak tahu apa akan terjadi.
"Kami hanya lihat apa yang akan berlaku. Kami hanya fokus pada prestasi, latihan untuk perlawanan seterusnya." katanya.
Kemasukan Zirkzee ketika aksi berdepan Liverpool, mendapat sambutan hangat daripada penyokong apabila dia buat pertama kali turun beraksi di Anfield.