Kelab bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT) kini dikhabarkan semakin hampir untuk mendapatkan khidmat penjaga gol berdarah warisan dari Sepanyol, Diego Altube.

Diego Altube, penjaga gol yang dikaitkan dengan perpindahan ke JDT menjelang jendela perpindahan kedua Liga Super Malaysia pada Ogos ini merupakan bekas penjaga gol Akademi Real Madrid dan kelab terakhirnya adalah Albacete Belompie.

A post shared by Diego Altube (@diego_altube)


Penjaga gol yang berusia 24 tahun itu kini berstatus ejen bebas selepas kontrak bersama Albacete tamat pada Julai 2024 yang lalu.

Lebih menarik, Frfuturetalents turut melaporkan Diego Altube mempunyai pertalian darah Malaysia melalui sebelah ibunya dan bermakna beliau juga berstatus pemain berdarah warisan dari Sepanyol.