Liverpool berang apabila Bergvall menjaringkan gol dengan perlawanan berbaki empat minit, hanya beberapa saat selepas kekasaran lewat yang dilakukannya terhadap Kostas Tsimikas dengan pemain itu juga sudah mengutip kad kuning.
Lucas Bergvall with the winner ? pic.twitter.com/5R6y7DF5Px
— Tottenham Hotspur (@SpursOfficial) January 8, 2025
Skuad kendalian Arne Slot terpaksa beraksi dengan 10 pemain apabila Tsimikas menerima rawatan selepas Bergvall menyambar hantaran pintas Dominic Solanke untuk menewaskan Allison Becker dengan gol kemenangan itu.
"Saya fikir ia agak jelas bahawa dia akan mendapat kuning kedua. Jelas sekali saya fikir (kekasaran) itu cukup jelas.
"Bukan kebetulan seminit kemudian dia menjaringkan gol kemenangan, tetapi itulah yang berlaku. (Pengadil) membuat kesilapan, pada pandangan saya, dan saya memberitahunya perkara itu.
These two ? pic.twitter.com/C81LYwYPoZ
— Tottenham Hotspur (@SpursOfficial) January 8, 2025
Ada penjaga garisan di sana, pegawai keempat. Terdapat Video Bantuan Pengadil (VAR) di sana dan dia tidak mendapat kad kuning kedua.
"Saya tidak mengatakan ini punca kami tewas, tetapi ia merupakan detik yang besar dalam permainan." katanya kepada Sky Sports.