Berbaki kurang dua minggu sebelum sepak mula, spekulasi perpindahan pasukan Liga Super semakin menarik apabila hampir semua pasukan sedang giat menandatangani pertahanan berprofil tinggi untuk mengekang cabaran yang akan diberikan oleh seteru lawan.

Skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee (OKS), Sabah, melengkapkan senarai enam tonggak pemain import bagi mengharungi saingan Liga Super musim 2024/2025 dengan kehadiran pertahanan dari Melbourne, Australia, Haris Stamboulidis.

Pemain berusia 27 tahun itu mempunyai bentuk fizikal yang sangat sesuai untuk memberi cabaran kepada penyerang pasukan lawan ketika bertahan.



Lebih menarik, Haris juga mampu beraksi di posisi yang berbeza seperti pertahanan kiri dan kanan serta boleh membantu dalam situasi ketika menyerang.

Sebagai rekod, ini merupakan kali pertama Hariz bermain di rantau Asia Tenggara. Dia mengakui bahawa, dia sedang mengadaptasi dengan keadaan cuaca semasa di Malaysia.