Perbadanan Stadium Darul Makmur (PSDM) sedang mengusahakan untuk menaik taraf tempat duduk gelanggang keramat di Kuantan itu.
Aspek itu dijelaskan PSDM ketika menjawab persoalan pengunjung tentang sejauh mana proses pembaikan di stadium itu selain isu surau dan tandas turut dibangkitkan.
Kelab Liga Super, Sri Pahang, dijangka akan menggunakan Stadium Perbandaran Temerloh sebagai venue hingga penghujung musim ini berikutan rumput Bermuda Tifgrand baru mencapai tahap matang dua bulan lagi.
Rumput jenis itu mula ditanam penghujung November tahun lalu selain sistem siraman automatik telah dipasang dan berfungsi dengan baik.
Sebelum ini, Stadium Darulmakmur menolak untuk menggunakan Zeon Zoysia yang ditawarkan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bagi menggantikan rumpur jenis cow grass.
Shaiful Shamsudin
Sat Jan 04 2025