Shopee Cup: Terengganu pesta jaringan di Yangon
Ammar Hakim
Januari 8, 2025 22:31 MYT
Januari 8, 2025 22:31 MYT
Terengganu menghidupkan sebelum harapan mereka dalam saingan Shopee Cup selepas merekodkan kemenangan penuh sensasi 5-0 ke atas sembilan pemain Shan United dalam pertembungan Kumpulan A di Stadium Thuwunna, di Yangon.
Skuad Peteh yang tanpa sebarang kemenangan dalam dua perlawanan mempamerkan persembahan penuh dominasi ketika berjaya mendahului 3-0 pada separuh masa pertama.
Kapten pasukan, Safawi Rasid, membuka jaringan sebelum Manuel Ott menggandakan kelebihan sebelum Akhyar Rashid meledak gol ketiga Terengganu.
Manuel memperoleh gol kedua peribadi dalam separuh masa kedua sebelum Akhyar melengkapkan kemenangan 5-0 Terengganu.
angan itu membenarkan anak buah Badrul Afzan meraih empat mata dalam tiga perlawanan, dan bakal menerima kunjungan PSM Makassar di Kuala Terengganu 22 Januari ini.
? KEPUTUSAN PENUH PERLAWANAN ? FT[ Shan United 0-5 @FCTerengganu ] ⚽️ Safawi Rasid ⚽️⚽️Manuel Ott ⚽️⚽️Akhyar Rashid#TerengganuFC#WeBleedBlackAndWhite pic.twitter.com/VO1opIf9bD
— Terengganu Football Club (@FCTerengganu) January 8, 2025
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.