Real Madrid 2-1 Bayern Munich (4-3)

Penyerang Real Madrid, Vinicius Junior, menjadi watak penting ketika membantu kelabnya menewaskan gergasi Jerman dalam perlawnan kedua separuh akhir Liga Juara-Juara (UCL) menewaskan Bayern Munich 2-1 di Stadium Santiago Bernabéu , awal pagi tadi.

Jaringan skuad Los Blancos itu hadir menerusi Joselu dalam penghujung separuh masa kedua pada minit ke-88 dan ke-90 dengan keputusan secara agregat 4-3 dengan Vinicius dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan.

Mengikut rakan sepasukan, Dani Carvajal, dia telah menjadi semakin matang dengan membuktikan dirinya sebagai salah seorang pemain terbaik di dunia ketika ini.

Dia menjaringkan kedua-dua gol untuk skuad kendalian Carlo Ancelotti dalam perlawanan pertama separuh akhir minggu lalu, dengan mempunyai rekod 31 penglibatan go dengan 16 jaringan dan 15 bantuan jaringan dalam UCL sejak musim 2021/2022.



"Dia bertambah baik dalam setiap aspek - penyudahnya, fizikal, kematangan ketika bermain, mengetahui bila waktu yang tepat untuk menyerang atau meminta bola.

"Dia adalah pemain terbaik di dunia, dan dia sudah membuktikannya. Kami tahu bahawa dia melakukan banyak kerja di luar, jalani sesi latihan, fisiologi dan bimbingan.

"Semua ini membantu dia menjadi salah seorang pemain terbaik di dunia. Harapnya dia boleh membantu kami di atas padang nanti." katanya.