Pemain berusia 39 tahun itu mengambil alih Plymouth pada Mei lalu tetapi dalam tempoh tujuh bulan mengendalikan, mereka hanya mengecapi empat kemenangan liga dalam 23 perlawanan.
The Pilgrims kemarau kemenangan dalam sembilan perlawanan terakhir dengan pasukan itu diejek oleh peminat sendiri berikutan kekalahan 0-2 kepada Oxford United kelmarin yang menyaksikan empat mata dipisahkan dengan zon selamat menuju 2025.
Dalam saingan liga musim ini, Plymouth telah berdepan percubaan terbanyak (391), dan percubaan tepat tertinggi (141), dan bolos paling tinggi (51).
Club Statement | Argyle and Rooney mutually part ways.https://t.co/0KM0pdIRO7#pafc
— Plymouth Argyle FC (@Argyle) December 31, 2024
Malah, mereka mempunyai angka jaringan kedua terendah selepas Hull City.
"Plymouth Argyle akan sentiasa mempunyai tempat yang istimewa di hati saya dan saya akan terus memantau perkembangan mereka," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan kelab itu.
Jurulatih pasukan pertama, Kevin Nancekivell, dan kapten kelab, Joe Edwards, akan mengetuai pasukan untuk perlawanan menghadapi Bristol City pada awal pagi ini.