Dalam satu temu bual bersama wartawan Astro Arena, Zaki Zainal, Jonassen berkata dia akan menggabungkan gaya latihan ala Eropah dan Asia untuk meningkatkan prestasi pemain negara.
"Saya percaya amat menarik untuk memiliki gabungan di antara gaya Eropah dan Asia dan antara idea yang berada dalam fikiran saya itu sebelum ini telah digunakan juga oleh pemain Denmark.
"Saya fikir setiap pemain berusaha keras tetapi perincian dan motivasi adalah aspek yang kami cuba dapatkan secara bersama-sama.
"Tugas saya sebagai jurulatih adalah untuk memperkembangkan potensi pemain sepenuhnya," katanya.
Kenneth Jonassen akan menggabungkan gaya latihan Eropah-Asia untuk meningkatkan prestasi badminton Malaysia!
— ZAKI ZAINAL (@_ZakiZainal) January 4, 2025
Siap sedia untuk perubahan besar dalam sukan badminton negara. ???@ASTROARENA pic.twitter.com/DQjg98K6SN