Petronas Terbuka Malaysia: 18 tahun berkhidmat, ini kali pertama lihat venue badminton bocor
Ammar Hakim
Januari 7, 2025 20:31 MYT
Januari 7, 2025 20:31 MYT
Pengurus Operasi Pertandingan Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2025, S. Selvaamresh, mengakui kecewa dengan situasi yang berlaku dalam kejohanan ini.
Dalam tempoh 18 tahun beliau berkhidmat dengan Persekutuan Badminton Dunia (BWF), ini adalah kali pertama dia menyaksikan perkara sebegini berlaku.
Dia juga mengesahkan bahawa pertukaran jadual pertandingan akan dilakukan, khususnya untuk gelanggang 2 dan 3, pada hari-hari mendatang bagi memastikan kelancaran acara.