Petronas Terbuka Malaysia: Faktor kecergasan sekat kemaraan Goh Jin Wei

Muzaffar Musa
Januari 8, 2025 16:01 MYT
Perseorangan wanita negara, Goh Jin Wei, terkandas dalam pusingan pertama Kejohanan Badminton Petronas Terbuka Malaysia apabila tewas kepada pemain tidak ternama dari India, Malvika Bansod, di Arena Axiata sebentar tadi.
Jin Wei memberikan semua yang terdaya untuk kekal bersaing dalam perlawanan itu tetapi faktor kecergasan jelas membataskan pergerakannya.
Selepas bertarung selama 45 minit, pemain berusia 24 tahun itu terpaksa akur tersingkir dengan kekalahan 15-21, 16-21.
#badminton #Goh Jin Wei #Terbuka Malaysia
;