Petronas Terbuka Malaysia: Gandingan Man-Tee teruskan cabaran ke suku akhir

Ammar Hakim
Januari 9, 2025 19:13 MYT
Beregu negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun, berjaya meneruskan rentak cemerlang mereka apabila melangkah ke suku akhir Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia di Axiata Arena, sebentar tadi.
Turun bertemu wakil Chinese Taipei, Yang Po-han-Lee Jhe-Huei, gandingan Man-Tee cemerlang untuk memenangi set pertama 21-15 dalam tempoh 13 minit.
Ternyata lawan tidak menghadirkan sebarang masalah buat beregu negara untuk mempamerkan corak permainan yang cukup berkualiti sebelum memastikan slot ke suku akhir dengan kemenangan 21-13.
#badminton #Terbuka Malaysia
;