Perseorangan lelaki Thailand, Kunlavut Vitidsarn, meneruskan kemaraan ke separuh akhir Kejohanan Badminton Petronas Terbuka Malaysia 2025 selepas menyingkirkan lawan dari Indonesia, Anthony Ginting dalam aksi straight set 21-7,21-10 di Axiata Arena, sebentar tadi.
Ginting yang merupakan pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik 2020 itu bergelut dalam set pertama apabila bola pukulannya kerap terkandas di jaring sekali gus memberikan juara dunia 2023 dari Thailand itu peluang mengakhiri aksi set pertama dengan kemenangan mudah 21-7.
Wakil Indonesia di ranking ke-10 dunia itu cuba untuk mengheret Kunlavut ke set penentuan, namun percaturannya yang serba tidak menjadi menyaksikan dia terpaksa akur tewas 10-21 dalam keseluruhan perlawanan yang berdurasi 41 minit.
Saufi Tahir
Thu Jan 09 2025