Pemain perseorangan nombor empat dunia, Viktor Axelsen, terpaksa menamatkan cabaran Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia di pusingan pertama susulan tewas straight set di Axiata Arena sebentar tadi.

Berdepan lawan yang hanya pernah menewaskannya dalam sekali dalam tujuh pertemuan, Axelsen bergelut untuk menampilkan permainannya, wakil Hong Kong, Lee Chiuk Yiu mempamerkan permainan yang cukup bertenaga untuk menang 21-17.

Pemain yang di bawah bimbingan Wong Choon Hann terus mempamerkan aksi yang bergaya sebelum menoktahkan kemenangan 21-13 sekaligus ke peringkat pusingan 16 esok.