Pelari pecut wanita kebangsaan itu memecah rekod berusia 31 tahun milik G Shanti dengan catatan 11.49 saat menerusi Kejohanan Terbuka Perlis Cahya Mata Sarawak Super Series V di Stadium Tuanku Syed Putra.
Rekod 100m Zaidatul Husniah sekali lagi tidak diiktiraf selepas episod duka 2017 di Afrika Selatan.
— karlnunis (@_karlnunis) January 4, 2025
Jika senario sama berlaku, ratu pecut negara itu tidak menolak kemungkinan untuk bersara.
@ASTROARENA pic.twitter.com/VnotIsmaTH
Lantaran itu, dia sedang menantikan perkembangan daripada Pengarah Teknikal Kejurulatihan Persatuan Olahraga Malaysia (KOM), Robert Ballard, yang berjanji isu ini akan diselesaikan dalam tempoh 48 jam dengan menghantar surat sokongan fakta kepada badan induk dunia itu.
Atlet kelahiran Alor Setar itu pernah dikecewakan apabila catatan 11.45s yang dirakamkannya di Afrika Selatan pada 2017 tidak diiktiraf -- juga atas masalah teknikal.