Musim ke-32 Kejuaraan PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix akan kembali selepas cuti Hari Raya dengan format 10-pusingan untuk tahun 2025.

Usahasama di antara PETRONAS dan Safe Aim Mutual dalam menerajui sukan permotoran tahap nasional akan diteruskan dan akan menyaksikan pelumba-pelumba dan pasukan-pasukan serta penggerak industri beraksi di daerah-daerah Semenanjung Malaysia.

Menurut Ron Hogg, Pengarah Promosi Safe Aim Mutual, “Usaha kami dalam merealisasikan misi sukan permotoran nasional akan diteruskan terutamanya dalam mempertingkatkan tahap sukan dan tahap prestasi pelumba-pelumba professional yang sedia ada.

"Selain itu, kami juga berharap dapat mencungkil bakat-bakat tempatan baharu di kalangan yang berminat dan bagi mereka yang tampil dengan potensi luar biasa, kami berharap dapat membuka peluang dan bantu mereka mencapai pencapaian yang lebih tinggi di persada Asia and antarabangsa.

"Pelbagai inisiatif telah dirancang untuk musim yang akan datang dan kami berharap usaha tersebut akan membangkitkan kesedaran untuk lebih mengenali dan memahami sukan permotoran ini.

"Untuk musim ke-32, 10 pusingan seperti biasa telah diaturkan dengan sedikit perubahan pada lokasi untuk memberikan pengalaman yang berbeza kepada pelumba-pelumba dan pasukan-pasukan yang terlibat.”

“Pencapaian kami sudah pasti tidak kesampaian jikalau bukan kerana langkah-langkah teratur dan kerjasama daripada pihak penaja Cub Prix terutamanya PETRONAS dan semua pihak lain yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam mengecapi misi bersama. Terima kasih dan Syabas kepada semua. Jumpa lagi di musim yang akan datang.”

A post shared by Malaysian Cub Prix (@msiancubprix)