Khairul Hafiz bakal bersara?

Ammar Hakim
Januari 8, 2025 20:49 MYT
Kem olahraga negara terus jadi tumpuan, kali ini terarah kepada raja pecut Asia Tenggara 2017, Khairul Hafiz Jantan -- yang tidak menolak kemungkinan, kariernya semakin menghampiri titik noktah.
Perkongsian eksklusif itu disuarakan atas dasar rentetan kecederaan yang dialami The Speedy Jantan sejak enam tahun lalu -- sehingga menjadi pelari yang jauh dari bayang-bayang kegemilangan 2017.
Karier Khairul Hafiz seringkali dihantui kecederaan, siri kecederaan terakhir pelari pecut berusia 27 tahun itu melibatkan otot abdomen sehingga memerlukan pembedahan pada tahun lalu.
Khairul Hafiz kini dalam misi kembali disegani dengan menyasarkan had kelayakan Sukan SEA Thailand sebagai penanda aras kepantasan dan jika gagal, berkemungkinan memikirkan tentang masa depannya.
Apa jua berlaku, Khairul Hafiz duduk sebaris bersama legenda pecut, Tan Sri Dr M. Jegathesan, G. Rajalingam, serta Nazmizan Muhammad — selaku pemilik ibu segala emas di temasya dwitahunan itu.
#Khairul Hafiz Jantan #Olahraga
;