Ketua jurulatih baru skuad hoki Maybank, Iman Gobinathan, tidak akan berkompromi sikap acuh tak acuh sesetengah pemain utamanya yang mengugat harapan untuk menamatkan kemarau 30 tahun tanpa kejuaraan.

Gobinathan hanya memerlukan dua perlawanan untuk mengesan sikap pemainnya itu dan bakal melakukan rombakan menjelang aksi ketiga pasukan menentang Liaoning Jumaat ini.

Kekalahan kepada Terengganu Hockey Team (THT) memberi gambaran jelas dari perspektif seorang jurulatih untuk merubah pendekatan memandangkan format liga 1 pusingan meletakkan peluang maybank juara liga kini berada di tangan (THT) yang sudah menumbangkan TNB serta Maybank.

Sementara itu, Gobinathan menyedari ancaman dari tembok besar China yang bakal dihadapi anak didiknya itu dengan Liaoning hadir pada saingan liga musim ini bukan sekadar pelengkap jadual, malah sebagai antara pencabar.