Piala Dunia Tenpin Boling 2025: Empat wakil negara lolos ke pusingan 32
Ammar Hakim
Januari 9, 2025 17:32 MYT
Januari 9, 2025 17:32 MYT
Perjuangan kem wanita negara diteruskan dengan kemaraan kesemua empat wakil ke pusingan 32 terbaik dalam Kejohanan Tenpin Boling Piala Dunia 2025 selepas menggunguli peringkat kumpulan acara individu.
Gabungan aspek teknikal, taktikal dan mental perlu berada dalam tahap optimum untuk memastikan setiap pemain mampu mengekalkan momentum untuk merebut kedudukan podium, terutamanya dalam kategori berpasukan.
Turun beraksi dalam penampilan sulung Piala Dunia tidak menggugat keyakinan dimiliki Gillian Lim yang mengikut jejak langkah rakan sepasukannya untuk menempatkan diri dalam kelompok 32 terbaik.
Gillian percaya formasi cemerlang dimiliki pasukannya mampu menyekat kemaraan daripada empat pasukan terkuat yang menjadi saingan utama termasuk Amerika Syarikat.
Kini, fokus utama pasukan negara akan tertumpu kepada pusingan kalah mati yang dijadual bermula esok.
Imej: FB MTBC