Ratu pecut negara, Zaidatul Husniah Zulkifli, tidak menolak kemungkinan untuk bersara seandainya rekod kebangsaaan acara 100m yang dipecahkannya pada Oktober lalu tidak diiktiraf Olahraga Dunia (WA).

Pemenang pingat perak Sukan Asia 2022 itu memecahkan rekod berusia 31 tahun milik G. Shanti dengan catatan 11.49 saat dalam Kejohanan Olahraga Terbuka Perlis Cahya Mata Sarawak Super Series V di Stadium Tuanku Syed Putra.

Bagaimanapun, catatan itu ketika ini tidak diiktiraf WA berikutan masalah teknikal dan Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) memberikan jaminan isu berkenaan akan diselesaikan dalam waktu terdekat.

Seaindainya usaha itu gagal, ia akan mengulangi epison duka buat pelari kelahiran Alor Setar, Kedah itu, yang pernah dikecewakan apabila catatan 11.45s yang dirakamkannya di Afrika Selatan pada 2017 tidak diiktiraf -- juga atas masalah teknikal.

Dengan itu, Zaidatul Husniah, dalam satu luahannya kepada wartawan Astro Arena, Karl Nunis, tidak menolak untuk bersara seandainya keputusan kali ini tidak memihaknya.