Ratu pecut negara mahu bersara andai rekod kebangsaannya tidak diiktiraf WA

Muzaffar Musa
Januari 4, 2025 14:40 MYT
Ratu pecut negara, Zaidatul Husniah Zulkifli, tidak menolak kemungkinan untuk bersara seandainya rekod kebangsaaan acara 100m yang dipecahkannya pada Oktober lalu tidak diiktiraf Olahraga Dunia (WA).
Pemenang pingat perak Sukan Asia 2022 itu memecahkan rekod berusia 31 tahun milik G. Shanti dengan catatan 11.49 saat dalam Kejohanan Olahraga Terbuka Perlis Cahya Mata Sarawak Super Series V di Stadium Tuanku Syed Putra.
Bagaimanapun, catatan itu ketika ini tidak diiktiraf WA berikutan masalah teknikal dan Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) memberikan jaminan isu berkenaan akan diselesaikan dalam waktu terdekat.
Seaindainya usaha itu gagal, ia akan mengulangi epison duka buat pelari kelahiran Alor Setar, Kedah itu, yang pernah dikecewakan apabila catatan 11.45s yang dirakamkannya di Afrika Selatan pada 2017 tidak diiktiraf -- juga atas masalah teknikal.
Dengan itu, Zaidatul Husniah, dalam satu luahannya kepada wartawan Astro Arena, Karl Nunis, tidak menolak untuk bersara seandainya keputusan kali ini tidak memihaknya.

Rekod 100m Zaidatul Husniah sekali lagi tidak diiktiraf selepas episod duka 2017 di Afrika Selatan. Jika senario sama berlaku, ratu pecut negara itu tidak menolak kemungkinan untuk bersara. ⁦⁦@ASTROARENApic.twitter.com/VnotIsmaTH

— karlnunis (@_karlnunis) January 4, 2025
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Olahraga #Zaidatul Husniah Zulkifli #100m #Kesatuan Olahraga Malaysia #KOM
;